Berita & Aktiviti Terkini


Tarikh akhir kemaskini : 16 Nov 2018




Advokasi dan Klik Dengan Bijak SMK Bako

31 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Oktober 2018 yang lalu Pusat Internet Kg Bako telah mengadakan Program "Klik Dengan Bijak" Program PASCA PT3 SMK Bako. Program ini anjuran daripada PI Bako yang dijayakan bersama Pusat Internet PPR Taman Malihah................ baca seterusnya



Advokasi dan Klik Dengan Bijak SMK Sungai Maong

18 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Oktober 2018 yang lalu Pusat Internet telah menerima jemputan dari sekolah SMK Sungai Maong untuk memberi ceramah berkenaan Perlindungan Pengguna dalam isu Cyber-Bullying & Cyber-Grooming. Dengan kerjasama dari Pusat Internet PPR Taman Dahlia dan Pusat Internet PPR Taman Malihah. Program ini berlangsung selama 3 jam................ baca seterusnya


Kelas Asas ICT Pelajar Sekolah Rendah

08 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dijalankan untuk mendedahkan alat-alat yang terdapat pada komputer. Kelas ini juga mendedahkan kepada peserta kegunaan setiap komponen yang terdapat pada komputer.Kelas ini juga mendedah tentang asas penggunaan internet kepada peserta. Kelas ini juga memberi pengetahuan asas komputer kepada peserta yang kebanyakannya pelajar sekolah rendah................ baca seterusnya


Advokasi dan Klik Dengan Bijak (Buli Siber)

18 September 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) ini telah diadakan pada hari Isnin, 17 September 2018. Dalam kelas ini, para peserta dididik tentang penggunaan internet dengan selamat, waspada dan bertanggungjawab melalui taklimat KDB yang disampaikan. Selain itu, kuiz advokasi KDB turut dijalankan secara atas talian melalui kahoot.com bagi menguji tahap pemahaman mereka................ baca seterusnya


Kelas Microsoft Office

08 September 2018 | Aktiviti Terkini

Kursus dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Bako, selama 3 jam bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari. Jumlah peserta yang hadir 10 orang. Aktiviti sokongan Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi iaitu Overshare. Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Microsoft Word seperti berikut................. baca seterusnya


Membuat video kemerdekaan 2018 untuk PI Bako

19 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini di buat untuk membuat video kemerdekaan untuk PI Bako bersempena dengan hari kemerdekaan Malaysia yang ke 61. Aktiviti ini di buat juga untuk penyertaan pertandingan video dan juga memberikan kesedaran dan semangat kemerdekaan di dalam diri pelajar supaya lebih menghargai makna hari kemerdekaan.................. baca seterusnya



Mini Open Day PI BAKO

23 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Oktober yang lalu, PI Bako telah di jemput untuk menyertai program khidmat masyarakat Mara Intensive Gifted and Talanted Youth Programme (MIGHTY). Program ini diadakan untuk membantu penduduk kampung bako bergotong-royong membersihkan kawasan kampung................ baca seterusnya